05 March 2010

Taklimat Pemantapan Bengkel KSPK 2010

Taklimat berlangsung di Bilik Gerakan PPD Rompin pada 4 Mac lalu. Taklimat yang bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 4 petang ini melibatkan semua guru prasekolah daerah Rompin. Taklimat di sampaikan oleh En. Hassan B. Ahmad selaku Penyelia Prasekolah dari PPD Rompin. Pada tahun ini juga Rompin melaksanakan penggunaan fail meja yang seragama untuk PPM dalam bentuk buku bagi memudahkan PPM membuat rekod dan rujukan.

01 March 2010

Bagaimana jadi Geng Komuniti (Followers)?

Ini adalah satu panduan untuk guru-guru yang hendak mendaftarkan diri sebagai Geng Komuniti atau followers blog ini menggunakan Google Friend Connect.

Sebelum pergi dengan lebih lanjut biarlah saya menerangkan terlebih dahulu kelebihan Google Friend Connect ini. Selepas mendaftar sebagai followers, anda dapat:

1. Memasukkan komen pada artikel.

2. Berinteraksi dengan ahli komuniti yang lain.

3. Dapat mengenali ahli komuniti yang lain.

4. Meningkatkan keboleh percayaan pembaca kepada anda kerana mereka mengenali anda.

Untuk mendaftar di Google Friend Connect, anda boleh menggunakan akaun anda yang sedia ada baik di akaun Yahoo, Google, Twitter, AIM, Netlog dan OpenID.