01 May 2010

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Kelompok Pantai

Satu program asas kemahiran fizikal pendidikan jasmani dan kesihatan prasekolah telah selamat berlangsung di padang SK Sungai Puteri pada 24 April yang lalu. Aktiviti disertai oleh murid-murid prasekolah dari kawasan Rompin zon pantai. Tahniah kepada SK Kampung Kolam kerana telah mengungguli tempat pertama dan ketiga untuk keseluruhan acara manakala SK Pianggu B berjaya menempatkan diri di tempat kedua.