10 August 2010

Bengel Bina Bahan Program Pintar Bahasa Prasekolah Daerah Rompin 2010

Bengkel yang dihadiri oleh beberapa orang guru prasekolah dari kelompok Rompin Pantai berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Kampung Kolam pada 5 Ogos 2010 (Khamis).

Taklimat bengkel disampaikan oleh Penyelia Prasekolah Daerah Rompin, En. Hassan B. Ahmad. Turut hadir memberi sokongan ialah Tn. Hj Kamaruddin B. Zainuddin (Guru Besar SK Kg. Kolam).
.
Guru-guru berbincang dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk program Pintar Bahasa peringkat daerah Rompin yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Oktober ini mengikut zon. Tempat yang dicadangkan buat masa ini ialah:
  • Zon Pantai - SK Kg Kolam
  • Zon Muadzam Shah - SK Muadzam Jaya/ SK Muadzam Shah
  • Zon Bandar Tun Razak - SK Bandar Tun Razak