19 November 2010

Penampilan baru Prasekolah Rompin chatbox

Time-time cuti ni tiba2 datang idea untuk ubah penampilan chatbox di blog. Mmg agak cool jika dibandingkan dengan penampilan chatbox sebelum ni. Laman blog pun kelihatan lebih simple dan kemas.

Penampilan Chatbox lama

16 November 2010

Kalendar Persekolahan dan Takwim Peristiwa 2011


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha dan kepada cikgu-cikgu yang sekolah dah mula bercuti maka aku ucapkan Selamat Bercuti dan hati-hati ketika memandu.

Kali ini disertakan Kalendar Persekolahan dan Takwim Peristiwa untuk guru-guru sebagai persediaan perancangan tahun hadapan.


14 November 2010

MAKLUMAT TERKINI SMPK

Panduan dipetik dari laman web Pra Pahang

Login screen

  • Untuk makluman semua guru prasekolah Negeri Pahang,  SMPK boleh dibuka melalui url berikut http://spk.moe.gov.my/
  • Proses log-in dan password masih menggunakan kaedah yang sama.
  • Tuan/puan boleh melihat dan menyemak data yang terdapat di dalam SMPK versi baru ini .
  • Semua Guru Prasekolah juga boleh menggunakan sesawang KPM di http://www.emoe.gov.my dan menggunakan aplikasi  atas talian untuk terus ke laman sesawang SMPK.

Tambahan

Guru-guru juga boleh merujuk Laporan Berkaitan Murid Prasekolah telah disediakan di SPK EIS

10 November 2010

Transformasi SK Tekek, satu pemodenan infrastruktur



Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, patah tumbuh hilang berganti. Perumpaan ini boleh diguna pakai untuk bangunan kayu lama SK Tekek yang sudah mula dirobohkan mengikut fasa bagi pembinaan bangunan baharu yang dijangka siap sepenuhnya beberapa tahun lagi.