18 July 2013

PROGRAM ASAS KEMAHIRAN FIZIKAL PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK PANTAI DAERAH ROMPIN 2013

Alhamdulillah....

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 4 Julai 2013 bersamaan dengan Hari Khamis bertempat di SK Sungai Puteri. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Rompin (PPD Rompin). Program ini melibatkan semua guru dan murid prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Rompin, SK Kg. Kolam, SJK(C) Rompin, SK Leban Chondong, SK Sg. Puteri, SK Pontian, SK Janglau, SK Pianggu, SK Tg. Gemok, SK Sarang Tiong, SK Sg. Mok, SK Denai, SK Selendang 4 dan SK LKTP Selendang 1.


Aktiviti sepanjang program ini adalah melibatkan perkembangan kemahiran fizikal dan kesihatan kanak-kanak prasekolah seperti aktiviti senamrobik dan acara sukaneka. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai ‘warming up’ sebelum acara sukaneka dimulakan. Senamrobik ini telah diketuai oleh En. Norizam bin Suliman dari SK Selendang 1. Terdapat 10 acara sukaneka yang dilaksanakan iaitu lompat bintang, meniti tali, meniti bata, dirian tunggal, menyusur, ‘Fine Motor Skill’, mini bowling, menjunjung pundi dan membaling pundi kacang, mari melentur dan ‘Ball and Spoon’.
           
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Nazar B. Mat Yasin, Guru Besar SK Selendang 1 selaku Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin. Beliau juga telah berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak prasekolah. 

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program:


Para pengadil bagi setiap acara

Peserta program

Keadaan padang agak berair namun program berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ucapan perasmian daripada Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin, En. Nazar b. Mat Yasin

Acara penyampaian cenderahati

Untuk makluman semua guru prasekolah Daerah Rompin bagi Kelompok Pantai, laporan bagi program ini boleh di muat turun di sini Laporan Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Daerah Rompin 2013. Semua gambar bagi setiap acara terdapat dalam laporan ini. Sekian, harap maklum.

1 komen:

Anonymous said...

Pragmatic Play - A top-quality online casino with slots and
Play Pragmatic Play's latest slots, table games, video poker, blackjack, baccarat and more now at Arapac Hotel & Casino in 카지노 사이트 mycasinolife Biloxi, MS.