03 July 2013

TAKLIMAT PROGRAM ASAS FIZIKAL PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK PANTAI UTARA DAN SELATAN DAERAH ROMPIN 2013

Taklimat ini telah dilaksanakan pada hari Isnin, 1 Julai 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Rompin. Taklimat ini dipertanggungjawabkan oleh Penyelia Prasekolah PPD Rompin, Encik Hassan bin Ahmad kepada Puan Asiah bt Hassan, Guru Prasekolah SK Rompin. Taklimat ini dipengerusikan oleh beliau selaku penyelaras program.

Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk guru-guru prasekolah dari Kelompok Pantai Utara dan Selatan berbincang mengenai Program Asas Fizikal Pendidikan Jasmani Kesihatan Prasekolah Daerah Rompin Tahun 2013 yang bakal dilaksanakan pada hari Khamis, 4 Julai 2013 bertempat di SK Sungai Puteri. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemilihan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program tersebut iaitu sebanyak 10 acara sukaneka. Selain itu, guru-guru prasekolah juga berbincang mengenai persiapan tempat dan tugasan setiap guru sepanjang program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas fizikal murid prasekolah Daerah Rompin selain daripada memberi keseronokan kepada murid prasekolah.

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang taklimat berlangsung.


Contoh aktiviti yang akan dilaksanakan

Puan Asiah selaku pengerusi majlis
                     
     
Guru-guru prasekolah tekun mendengar penerangan

Selain itu, pada 3 Julai 2013, guru-guru prasekolah yang terlibat sekali lagi bergotong-royong untuk membuat persediaan tempat di SK Sungai Puteri selaku tuan rumah bagi program ini pada tahun ini. Gotong-royong penyediaan tempat ini berjalan lancar dengan bantuan daripada guru-guru daripada SK Sungai Puteri. Di bawah merupakan gambar sepanjang gotong-royong tersebut dilaksanakan.

Guru-guru SKSP membantu menyediakan tempat



Penyediaan tempat berjalan lancar


0 komen: