18 October 2013

PROGRAM BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN 2013

Alhamdulillah....

Program Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Rompin telah berjaya dilaksanakan pada 10 Oktober 2013 bertempat di Dewan Al-Biruni SMK Muadzam Jaya. Program ini melibatkan semua sekolah di daerah Rompin. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada PPD Rompin dan semua guru prasekolah Daerah Rompin. 

Setiap sekolah diminta menghantar wakil kanak-kanak bijak prasekolah bagi menyertai pertandingan. Pertandingan bagi program ini melibatkan dua kategori iaitu Kategori Bahasa Malaysia dan Kategori Bahasa Inggeris. Setiap kategori pula mempunyai 6 stesyen iaitu:
  1. Menyusun huruf membentuk perkataan
  2. Mengisi tempat kosong pada perkataan
  3. Mengeja perkataan/ spell it right
  4. Menulis ayat mudah berdasarkan gambar
  5. Menulis ayat mudah
  6. Membaca lancar
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hassan bin Ahmad selaku wakil bagi PPD Rompin, diiringi oleh En. Zulfikri selaku Penyelia Prasekolah Daerah Rompin.


Dibawah merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program.

persiapan tempat 

peserta mengambil tempat
Pembahagian stesyen:

Stesyen 1: Menyusun huruf membina perkataan

Stesyen 2: Mengisi Tempat Kosong

Stesyen 3: Mengeja perkataan

Syesyen 4: Menulis ayat mudah

Stesyen 5: Menulis ayat berpandukan gambar

Stesyen 6: Membaca lancar
Syukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai PPD Rompin yang banyak memberikan sumbangan dari segi masa, tenaga dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua guru prasekolah Daerah Rompin yang telah memberi kerjasama penuh bagi menjayakan program ini. 

Prasekolah Rompin Terbaik!!!! :)

18 July 2013

PROGRAM ASAS KEMAHIRAN FIZIKAL PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK PANTAI DAERAH ROMPIN 2013

Alhamdulillah....

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 4 Julai 2013 bersamaan dengan Hari Khamis bertempat di SK Sungai Puteri. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Rompin (PPD Rompin). Program ini melibatkan semua guru dan murid prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Rompin, SK Kg. Kolam, SJK(C) Rompin, SK Leban Chondong, SK Sg. Puteri, SK Pontian, SK Janglau, SK Pianggu, SK Tg. Gemok, SK Sarang Tiong, SK Sg. Mok, SK Denai, SK Selendang 4 dan SK LKTP Selendang 1.


Aktiviti sepanjang program ini adalah melibatkan perkembangan kemahiran fizikal dan kesihatan kanak-kanak prasekolah seperti aktiviti senamrobik dan acara sukaneka. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai ‘warming up’ sebelum acara sukaneka dimulakan. Senamrobik ini telah diketuai oleh En. Norizam bin Suliman dari SK Selendang 1. Terdapat 10 acara sukaneka yang dilaksanakan iaitu lompat bintang, meniti tali, meniti bata, dirian tunggal, menyusur, ‘Fine Motor Skill’, mini bowling, menjunjung pundi dan membaling pundi kacang, mari melentur dan ‘Ball and Spoon’.
           
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Nazar B. Mat Yasin, Guru Besar SK Selendang 1 selaku Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin. Beliau juga telah berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak prasekolah. 

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program:


Para pengadil bagi setiap acara

Peserta program

Keadaan padang agak berair namun program berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ucapan perasmian daripada Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin, En. Nazar b. Mat Yasin

Acara penyampaian cenderahati

Untuk makluman semua guru prasekolah Daerah Rompin bagi Kelompok Pantai, laporan bagi program ini boleh di muat turun di sini Laporan Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Daerah Rompin 2013. Semua gambar bagi setiap acara terdapat dalam laporan ini. Sekian, harap maklum.

03 July 2013

TAKLIMAT PROGRAM ASAS FIZIKAL PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN PRASEKOLAH KELOMPOK PANTAI UTARA DAN SELATAN DAERAH ROMPIN 2013

Taklimat ini telah dilaksanakan pada hari Isnin, 1 Julai 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat PPD Rompin. Taklimat ini dipertanggungjawabkan oleh Penyelia Prasekolah PPD Rompin, Encik Hassan bin Ahmad kepada Puan Asiah bt Hassan, Guru Prasekolah SK Rompin. Taklimat ini dipengerusikan oleh beliau selaku penyelaras program.

Taklimat ini dilaksanakan bertujuan untuk guru-guru prasekolah dari Kelompok Pantai Utara dan Selatan berbincang mengenai Program Asas Fizikal Pendidikan Jasmani Kesihatan Prasekolah Daerah Rompin Tahun 2013 yang bakal dilaksanakan pada hari Khamis, 4 Julai 2013 bertempat di SK Sungai Puteri. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pemilihan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang program tersebut iaitu sebanyak 10 acara sukaneka. Selain itu, guru-guru prasekolah juga berbincang mengenai persiapan tempat dan tugasan setiap guru sepanjang program ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas fizikal murid prasekolah Daerah Rompin selain daripada memberi keseronokan kepada murid prasekolah.

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang taklimat berlangsung.


Contoh aktiviti yang akan dilaksanakan

Puan Asiah selaku pengerusi majlis
                     
     
Guru-guru prasekolah tekun mendengar penerangan

Selain itu, pada 3 Julai 2013, guru-guru prasekolah yang terlibat sekali lagi bergotong-royong untuk membuat persediaan tempat di SK Sungai Puteri selaku tuan rumah bagi program ini pada tahun ini. Gotong-royong penyediaan tempat ini berjalan lancar dengan bantuan daripada guru-guru daripada SK Sungai Puteri. Di bawah merupakan gambar sepanjang gotong-royong tersebut dilaksanakan.

Guru-guru SKSP membantu menyediakan tempat



Penyediaan tempat berjalan lancar


16 May 2013

BENGKEL DAN SEMAKAN SISTEM KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DAERAH ROMPIN 2013

Bengkel ini telah dilaksanakan pada hari Selasa, 14 Mei 2013 bertempat di Bilik Lukisan Kejuruteraan SMK Muadzam Jaya. Bengkel ini dipengerusikan oleh Penyelia Prasekolah PPD Rompin, Encik Hassan bin Ahmad. Taklimat SKPK ini telah disampaikan oleh wakil PPD Rompin iaitu Encik Norizam bin Suliman dari SK Selendang 4. 

Bengkel ini dilaksanakan bertujuan untuk guru-guru prasekolah Daerah Rompin membuat semakan dan mengemaskini Sistem Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) bagi sekolah masing-masing. Proses pengisian dan pengemaskinian ini telah berakhir pada 15 Mei 2013 Namun guru-guru prasekolah boleh sentiasa meng'update' sistem ini selepas ini. 

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung.


 Guru-guru prasekolah yang berdedikasi
 Penyelia yang sentiasa 'update'



Di akhir bengkel kami telah mendapat maklumat tentang perubahan sistem fail prasekolah. Di harap semua guru prasekolah mengemaskini dan membuat pembetulan bagi sistem fail prasekolah masing-masing. Maklumat untuk pengemaskinian ini boleh di 'download' di sini PENGURUSAN FAIL PRASEKOLAH PAHANG

Sampai di sini saja...... Harap maklum... :)

p/s: maaf atas kelambatan pengemaskinian blog... admin masih dalam proses belajar.. SELAMAT HARI GURU semua.. :)


08 May 2013

TAKLIMAT DAN BENGKEL KERJA SISTEM KUALITI PRASEKOLAH KEBANGSAAN (SKPK) DAERAH ROMPIN TAHUN 2013


Taklimat dan bengkel ini dilaksanakan pada hari Rabu, 8 Mei 2013 bertempat di Bilik Lukisan Kejuruteraan SMK Muadzam Jaya. Bengkel ini dipengerusikan oleh Penyelia Prasekolah PPD Rompin, Encik Hassan bin Ahmad. Taklimat SKPK ini telah disampaikan oleh wakil PPD Rompin iaitu Encik Norizam bin Suliman dari SK Selendang 4. Beliau telah mewakili PPD Rompin untuk menghadiri Taklimat SKPK peringkat negeri yang telah diadakan pada 30 April 2013.

Melalui bengkel ini, guru prasekolah Daerah Rompin didedahkan mengenai maklumat Sistem Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK). Pengisian dan pengemaskinian SKPK 2013 secara on-line perlu dilengkapkan mulai 08 Mei 2013.  Tarikh akhir untuk proses ini adalah 15 Mei 2013. 

SKPK boleh dilayari melalui SMPK yang sedang digunakan oleh semua Kelas Prasekolah.  Pengisian dan pengemaskinian SKPK hanya dilakukan oleh seorang guru prasekolah sahaja walaupun kelas prasekolah melebihi daripada sebuah kelas.

Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang bengkel berlangsung. 





19 April 2013

PERKONGSIAN ILMU

Assalamualaikum...

Ilmu yang baik yang dimiliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Dalam era globalisasi dan perkembangan zaman teknologi maklumat, proses penyampaian ilmu menjadi begitu mudah dan cepat. Blog ini juga boleh menjadi medan guru prasekolah Daerah Rompin untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah.

Di bawah terdapat 'link' yang boleh diakses oleh guru prasekolah sebagai panduan bagi melaksanakan P&P di prasekolah masing-masing.

Link http://www.scribd.com/doc/136844706/Colours-tShirt boleh dijadikan bahan bantu mengajar guru prasekolah untuk mengajar warna dan tema-tema yang lain.


11 March 2013

TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH ROMPIN 2013

Taklimat ini telah dilaksanakan pada 6 Februari 2013, pada pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang di Bilik Lukisan Kejuruteraan SMK Muadzam Jaya. taklimat ini telah dikendalikan oleh En. Hassan bin Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.

Antara pengisian sepanjang taklimat ini ialah mengenai penyelarasan nama fail bagi pengurusan fail prasekolah bagi Tahun 2013. Tersenarai dibawah adalah nama fail-fail pengurusan prasekolah yang harus ada di kelas prasekolah.




Antara pengisian yang lain ialah penekanan  berkenaan pengurusan prasekolah seperti sistem kewangan, pelaksanaan P&P, pengurusan bilik darjah, pentadbiran prasekolah dan mengemaskini SMPK. Selain itu, taklimat ini juga membincangkan mengenai  Takwim Tahunan Prasekolah Daerah Rompin.

SEKIAN SAHAJA untuk kali ini. Sebarang maklum-balas amat dialu-alukan..