10 August 2010

Bengel Bina Bahan Program Pintar Bahasa Prasekolah Daerah Rompin 2010

Bengkel yang dihadiri oleh beberapa orang guru prasekolah dari kelompok Rompin Pantai berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Kampung Kolam pada 5 Ogos 2010 (Khamis).

Taklimat bengkel disampaikan oleh Penyelia Prasekolah Daerah Rompin, En. Hassan B. Ahmad. Turut hadir memberi sokongan ialah Tn. Hj Kamaruddin B. Zainuddin (Guru Besar SK Kg. Kolam).
.
Guru-guru berbincang dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk program Pintar Bahasa peringkat daerah Rompin yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Oktober ini mengikut zon. Tempat yang dicadangkan buat masa ini ialah:
  • Zon Pantai - SK Kg Kolam
  • Zon Muadzam Shah - SK Muadzam Jaya/ SK Muadzam Shah
  • Zon Bandar Tun Razak - SK Bandar Tun Razak

01 July 2010

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani & Kesihatan Prasekolah Kelompok Bandar Tun Razak

Program berlangsung pada 29 Jun 2010 (Khamis) di padang SK (LKTP) Keratong 6 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi.


Prasekolah yang terlibat:
  1. SK Keratong 6
  2. SK Keratong 7
  3. SK Keratong 1
  4. SK Keratong 2
  5. SK Keratong 3
  6. SK Keratong 4
  7. SK Bandar Tun Razak
  8. SK Selancar 1
  9. SK Selancar 2
  10. SK Selancar 3
  11. SK Melati
  12. SK Chenderawasih
  13. SK Bukit Serok
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
  • Pegawai Pelajaran Daerah Rompin
  • Penyelia Prasekolah Daerah Rompin
  • Guru-Guru Besar Kelompok Bandar Tun Razak
  • Guru-guru prasekolah dan Pembantu Pengurusan Murid
  • Guru-Guru SK Keratong 6
  • Murid-murid prasekolah

01 June 2010

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani & Kesihatan Prasekolah Kelompok Muadzam Shah

Tarikh : 27 Mei 2010
Masa : 8.00 - 11.30 pagi
Tempat : Padang SK Muadzam Jaya

Prasekolah yang terlibat:

  1. SK Muadzam Jaya
  2. SK Muadzam Shah
  3. SK Bukit Ibam
  4. SK Bukit Ridan
  5. SK Kampung Aur
  6. SK Buluh Nipis
  7. SK Kedaik
  8. SK Ladang Kota Bahagia
  9. SK Keratong 8
  10. SK Keratong 10
  11. SK Perantau Damai

01 May 2010

Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Kelompok Pantai

Satu program asas kemahiran fizikal pendidikan jasmani dan kesihatan prasekolah telah selamat berlangsung di padang SK Sungai Puteri pada 24 April yang lalu. Aktiviti disertai oleh murid-murid prasekolah dari kawasan Rompin zon pantai. Tahniah kepada SK Kampung Kolam kerana telah mengungguli tempat pertama dan ketiga untuk keseluruhan acara manakala SK Pianggu B berjaya menempatkan diri di tempat kedua.

17 April 2010

Pengaktifan Slot "Kenali Kami"

Ruangan "Kenali Kami" kini telah mula diaktifkan. Ruangan ini akan mengumpulkan gambar murid kelas-kelas prasekolah (bersama guru sekiranya ada) daerah Rompin.

Diharapkan guru-guru dapat email gambar kelas masing-masing di ridzuanriza@gmail.com dan maklumkan nama guru dan PPM ( Tidak perlu nama penuh)