10 November 2010

Transformasi SK Tekek, satu pemodenan infrastruktur



Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, patah tumbuh hilang berganti. Perumpaan ini boleh diguna pakai untuk bangunan kayu lama SK Tekek yang sudah mula dirobohkan mengikut fasa bagi pembinaan bangunan baharu yang dijangka siap sepenuhnya beberapa tahun lagi.

21 October 2010

PROGRAM PINTAR BAHASA PRASEKOLAH (Kelompok Rompin Pantai)

Program ini telah selamat berlangsung pada 19 Oktober (Selasa) yang lalu bertempat di SK Kg Kolam, Kuala Rompin.
En. Hassan B. Ahmad, Penyelia Prasekolah PPD Rompin merupakan penyelaras program dengan sokongan Tn. Hj Kamarudin B. Hj Zainuddin, Guru Besar SK Kg Kolam selaku Pengerusi Pengelola.


Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secar aktif dalam pembelajaran. Pengusaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna. Antara objektif penganjuran Program Pintar Bahasa ini adalah:

  1. Meningkatkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
  2. Mengurankan peratusan murid prasekolah ke program LINUS.
  3. Memupuk minat membaca kepada murid prasekolah.
  4. Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk terlibat dalam program prasekolah.
  5. Menggalakkan perkembangan sosioemosi.
Terdapat dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran para peserta akan diuji menerusi:

  1. Mengeja Perkataan / Spell It Right
  2. Menyusun Huruf / Create A Word
  3. Membaca lancar / Read Fluently

SETINGGI TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA

PPD ROMPIN
GURU BESAR SK KG. KOLAM
GURU-GURU PRASEKOLAH KELOMPOK ROMPIN PANTAI
GURU-GURU SK KG. KOLAM

07 October 2010

KURSUS ICT GURU-GURU PRASEKOLAH PAHANG SIRI 2

BERDIRI DARI KIRI : Cik Norhaslizam (SK LKTP Triang 2), Pn. Haslinda (SK Pianggu), Pn. Hadibah (SK Guai) DUDUK DARI KIRI: En. Ridzuan (SK Tekek), En. Nasir (SK Pulau Manis), En. Khairul Hazman (JPN Pahang), En. Mustafa Kamal (JPN Pahang), En. Suhazli (SK Mambang)

30 September 2010

Download cara mudah dengan Internet Download Manager

Entry asal dari praskt.wordpress.com

Kelebihan Internet Download Manager (IDM) memberikan anda kepantasan mendownload sehingga lima kali ganda. Jika proses download korang kerap terganggu akibat masalah internet, laptop abis bateri ataupun masalah gangguan elektrik, tak perlu bimbang lagi kerana kebanyakannya mampu disambung semula oleh oleh IDM. Bentuk antaramukanya juga mudah dan senang digunakan.

01 September 2010

Merdeka.. Merdeka... Merdeka...!

Entry asal dari praskt.wordpress.com


Dalam tak sedar dah 53 tahun negara kita merdeka. Aku nak berkongsi sedikit info tentang merdeka ni, dari segi istilah samada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Indonesia perkataan "merdeka" membawa maksud "bebas". Walaubagaimanapun perkataan ini pada asalnya dipetik dari Bahasa Sanskrit "Maharddhika" yang bermaksud "kaya, mewah, berkuasa" (Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Merdeka)
Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "1Malaysia Menjana Transformasi"