Assalamualaikum...
Ilmu yang baik yang dimiliki hendaklah disampaikan kepada orang lain jika ianya dapat memberi manfaat bersama. Dalam era globalisasi dan perkembangan zaman teknologi maklumat, proses penyampaian ilmu menjadi begitu mudah dan cepat. Blog ini juga boleh menjadi medan guru prasekolah Daerah Rompin untuk berkongsi ilmu bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah.
Di bawah terdapat 'link' yang boleh diakses oleh guru prasekolah sebagai panduan bagi melaksanakan P&P di prasekolah masing-masing.
Link http://www.scribd.com/doc/136844706/Colours-tShirt boleh dijadikan bahan bantu mengajar guru prasekolah untuk mengajar warna dan tema-tema yang lain.
19 April 2013
11 March 2013
TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH DAERAH ROMPIN 2013
Taklimat ini telah dilaksanakan pada 6 Februari 2013, pada pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang di Bilik Lukisan Kejuruteraan SMK Muadzam Jaya. taklimat ini telah dikendalikan oleh En. Hassan bin Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Rompin.
Antara pengisian sepanjang taklimat ini ialah mengenai penyelarasan nama fail bagi pengurusan fail prasekolah bagi Tahun 2013. Tersenarai dibawah adalah nama fail-fail pengurusan prasekolah yang harus ada di kelas prasekolah.
Antara pengisian yang lain ialah penekanan berkenaan pengurusan prasekolah seperti sistem kewangan, pelaksanaan P&P, pengurusan bilik darjah, pentadbiran prasekolah dan mengemaskini SMPK. Selain itu, taklimat ini juga membincangkan mengenai Takwim Tahunan Prasekolah Daerah Rompin.
SEKIAN SAHAJA untuk kali ini. Sebarang maklum-balas amat dialu-alukan..

01 August 2011
Flash Card (Siri Haiwan Darat)
Untuk siri sulung ni, hanya 6 ekor haiwan darat dulu. Disebabkan masa agak terhad maka beberapa ekor lagi akan menyusul kemudian. Semoga bahan ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semua gambar-gambar yang disertakan adalah dalam resolusi tinggi iaitu 1240x1754 dan setiap keping adalah dalam format JPG.
Kategori
Bahan ABM
23 April 2011
Bengkel Bina Bahan Prasekolah
Gambar-gambar sekitar bengkel yang berlangsung di SK Kg Kolam pada 11/4/2011. Bengkel dikendalikan oleh En. Hassan B. Ahmad (PPD Rompin), Pn. Haslinda Bt. Kaliwon (SK Pianggu) dan Pn. Salina Bt. Samsudin (SK Janglau).
Kategori
2011,
Cerita Kami,
Mesyuarat Dan Kursus
16 March 2011
Panduan Install Font titik-titik (Dotted Font)
ENTRY ASAL DARI PRASKT.WORDPRESS.COM
Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.
Kategori
Panduan,
Pintar ICT,
prasekolah
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)