Sebelum pergi dengan lebih lanjut biarlah saya menerangkan terlebih dahulu kelebihan Google Friend Connect ini. Selepas mendaftar sebagai followers, anda dapat:
1. Memasukkan komen pada artikel.
2. Berinteraksi dengan ahli komuniti yang lain.
3. Dapat mengenali ahli komuniti yang lain.
4. Meningkatkan keboleh percayaan pembaca kepada anda kerana mereka mengenali anda.
Untuk mendaftar di Google Friend Connect, anda boleh menggunakan akaun anda yang sedia ada baik di akaun Yahoo, Google, Twitter, AIM, Netlog dan OpenID.
Kalau korang dah memang ada email yahoo maknanya korang dah memang ada akaun Yahoo jadi tak perlu lagi nak pening-pening kepala buat pendaftaran baru. Yang penting tahu ID dan password anda.
Google Friend Connect kelihatan seperti ini:
Klik pada butang "Follow" dan paparan ini akan muncul:
Pilih akaun yang berkaitan, kalau dah ada akaun Yahoo maka klik pada butang "Yahoo!" dan sign ini
Sebaik sahaja anda berjaya login satu confirmation page akan kelihatan:
Klik pada butang "Agree" yang berwarna kuning tu dan tunggu paparan seterusnya.
Di paparan ini anda boleh meletakkan nama anda dan letakkan photo (avatar) anda. Setelah selesai klik pada butang "Follow this blog" dan tadaaa... anda kini secara rasminya sudah menjadi Geng Komuniti Prasekolah Rompin.
Klik pada "Done" dan tahniah dari saya kerana anda sudah berjaya... sekiranya anda masih kabur dan bermasalah sila tinggalkan melalui comment form di bawah.
0 komen:
Post a Comment