16 March 2011

Panduan Install Font titik-titik (Dotted Font)

ENTRY ASAL DARI PRASKT.WORDPRESS.COM

Sebelum kanak-kanak mampu menulis sendiri dengan baik dan kemas, kanak-kanak biasanya dibimbing dengan titik-titik huruf. Latihan seumpama ini sememangnya membantu kanak-kanak untuk membiasakan diri dengan bentuk-bentuk huruf dan jarak antara setiap perkataan. Contoh latihan seperti di bawah.




Latihan di atas dibentuk hanya dengan menggunakan Microsoft Word 2010 dengan font tambahan yang perlu di install terlebih dahulu:
  1. PrintClearly_TT
  2. PrintDashed_TT
(Klik ikon DOWNLOAD untuk muat turun font)

Cara install font:

1. Pastikan extract dahulu bahan download di atas.

2. Untuk Window 7 dan keluarganya:
  • Klik kanan mana-mana fail .ttf dan pilih Install
  • Selesai
atau
  • Klik kiri dua kali pada fail .ttf untuk preview kemudian pilih Install
  • Selesai
3. Untuk Window XP dan keluarganya:
  • Buka Control Panel dari menu Start
  • Klik dua kali (kiri) pada folder Font
  • Pada menu File klik Install New Font
  • Pointkan pada drive dan folder yang mengandungi fail .ttf yang telah dimuat turun di atas.
  • Tekan OK
  • Selesai
Lazimnya untuk membentuk latihan seperti di atas, beberapa laman web menyediakan "generator" atau "maker" yang memudahkan proses guru-guru membina latihan untuk murid masing-masing.

Antara contoh-contoh laman web yang menyediakan "dotted font generator"

Klik pada gambar untuk ke laman berkenaan (Tetingkap baharu akan dibuka)

SOFTSCHOOLS.COM

  1. Boleh tulis sehingga 1o baris jadi boleh lah letak sepuluh perkataan atau sepuluh ayat dalam baris berbeza.
  2. Banyak ketetapan yang boleh diubah seperti arahan, saiz huruf, orientasi kertas, saiz kertas dan boleh letak frame kalau nak.
  3. Latihan boleh diubahsuai sendiri, sekiranya mahu kanak-kanak menulis semula ayat hanya kosongkan line ruangan line seterusnya. (contoh: tulis "ayah beli lori" di Line 1, kosongkan Line 2. Ayat seterusnya di Line 3)
  4. Perlu save segera sebaik sahaja generate, jadi tak dapat review dahulu.
HANDWRITINGWORKSHEETS.COM

  1. Terhad kepada satu baris sahaja, jadi sesuai untuk latihan menulis ayat.
  2. Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
KIDZONE.WS

  1. Boleh pilih bentuk tulisan samada block, script atau cursive
  2. Bina 4 baris perkataan/ ayat.
  3. Latihan yang dibentuk hanya terhad kepada mengikut titik-titik, tiada penulisan sendiri.
TOOLSFOREDUCATORS.COM

  1. Sebelum boleh guna, kena download dan install dulu font yang disediakan di web.
  2. Sesuai untuk latihan menulis yang ada gambar (seperti contoh di atas), jadi tak perlu susah-susah cari gambar sendiri.
  3. Gambar-gambar diasingkan mengikut kategori (pelbagai kategori)
  4. Ada pilihan untuk membentuk latihan bagi kanak-kanak tulis sendiri.

0 komen: