Alhamdulillah....
Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 4 Julai 2013 bersamaan dengan Hari Khamis bertempat di SK Sungai Puteri. Program ini merupakan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Rompin (PPD Rompin). Program ini melibatkan semua guru dan murid prasekolah Kelompok Pantai Daerah Rompin. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Rompin, SK Kg. Kolam, SJK(C) Rompin, SK Leban Chondong, SK Sg. Puteri, SK Pontian, SK Janglau, SK Pianggu, SK Tg. Gemok, SK Sarang Tiong, SK Sg. Mok, SK Denai, SK Selendang 4 dan SK LKTP Selendang 1.
Aktiviti sepanjang
program ini adalah melibatkan perkembangan kemahiran fizikal dan kesihatan
kanak-kanak prasekolah seperti aktiviti senamrobik dan acara sukaneka. Acara
dimulakan dengan aktiviti senamrobik sebagai ‘warming up’ sebelum acara
sukaneka dimulakan. Senamrobik ini telah diketuai oleh En. Norizam bin Suliman
dari SK Selendang 1. Terdapat 10 acara sukaneka yang dilaksanakan iaitu lompat
bintang, meniti tali, meniti bata, dirian tunggal, menyusur, ‘Fine Motor
Skill’, mini bowling, menjunjung pundi dan membaling pundi kacang, mari
melentur dan ‘Ball and Spoon’.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Nazar B. Mat Yasin, Guru Besar SK Selendang 1 selaku Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin. Beliau juga telah berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati kepada kanak-kanak prasekolah.
Di bawah merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program:
Para pengadil bagi setiap acara |
Peserta program |
Keadaan padang agak berair namun program berjaya dilaksanakan dengan jayanya. |
Ucapan perasmian daripada Pengerusi Prasekolah Daerah Rompin, En. Nazar b. Mat Yasin |
Acara penyampaian cenderahati |
Untuk makluman semua guru prasekolah Daerah Rompin bagi Kelompok Pantai, laporan bagi program ini boleh di muat turun di sini Laporan Program Asas Kemahiran Fizikal Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Prasekolah Daerah Rompin 2013. Semua gambar bagi setiap acara terdapat dalam laporan ini. Sekian, harap maklum.