Alhamdulillah....
Program Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Rompin telah berjaya dilaksanakan pada 10 Oktober 2013 bertempat di Dewan Al-Biruni SMK Muadzam Jaya. Program ini melibatkan semua sekolah di daerah Rompin. Program ini mendapat kerjasama penuh daripada PPD Rompin dan semua guru prasekolah Daerah Rompin.
Setiap sekolah diminta menghantar wakil kanak-kanak bijak prasekolah bagi menyertai pertandingan. Pertandingan bagi program ini melibatkan dua kategori iaitu Kategori Bahasa Malaysia dan Kategori Bahasa Inggeris. Setiap kategori pula mempunyai 6 stesyen iaitu:
- Menyusun huruf membentuk perkataan
- Mengisi tempat kosong pada perkataan
- Mengeja perkataan/ spell it right
- Menulis ayat mudah berdasarkan gambar
- Menulis ayat mudah
- Membaca lancar
Program ini telah dirasmikan oleh En. Hassan bin Ahmad selaku wakil bagi PPD Rompin, diiringi oleh En. Zulfikri selaku Penyelia Prasekolah Daerah Rompin.
Dibawah merupakan gambar-gambar sepanjang pelaksanaan program.
 |
persiapan tempat |
 |
peserta mengambil tempat |
Pembahagian stesyen:
 |
Stesyen 1: Menyusun huruf membina perkataan |
 |
Stesyen 2: Mengisi Tempat Kosong |
 |
Stesyen 3: Mengeja perkataan |
 |
Syesyen 4: Menulis ayat mudah |
 |
Stesyen 5: Menulis ayat berpandukan gambar |
 |
Stesyen 6: Membaca lancar |
Syukur ke hadrat Ilahi kerana program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai PPD Rompin yang banyak memberikan sumbangan dari segi masa, tenaga dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada semua guru prasekolah Daerah Rompin yang telah memberi kerjasama penuh bagi menjayakan program ini.
Prasekolah Rompin Terbaik!!!! :)
0 komen:
Post a Comment