20 December 2009

Fonetik Bahasa Melayu

Saya percaya setiap guru mahupun ibubapa mempunyai pelbagai kaedah untuk membolehkan murid-murid dan anak mereka mampu membaca dengan lancar dan baik. Kalau kaedah konvensional kanak-kanak akan diajar mengenali kesemua abjad terlebih dahulu dan kemudian mengenali bunyi mengikut gabungan setiap konsonan dengan setiap sukukata.

Sekarang ramai kanak-kanak telah didedahkan dengan kaedah fonetik. Mari kita mengenali bunyi-bunyi fonetik abjad dalam Bahasa Malaysia. Melalui teknik ini guru digalakkan memperkenalkan bunyi fonetik untuk vokal "a", "i" dan "u" terlebih dahulu kerana huruf-huruf ini kerap digunakan untuk membentuk ayat-ayat di dalam Bahasa Malaysia. Selain itu bunyi fonetik huruf-huruf ini juga mudah untuk disebut oleh kanak-kanak. Kemudian barulah memperkenalkan bunyi-bunyi huruf konsonan yang lain satu persatu contohnya untuk "B", "n", "m", "s" dan "k"



Rujukan dari siri "Bacalah Anakku"

1 komen:

khairul said...

Selitkan kaedah terbaru yang didedahkan kepada guru KIA2M. Kaedah terbaru dipelopori beberapa orang pensyarah IPT