10 August 2010

Bengel Bina Bahan Program Pintar Bahasa Prasekolah Daerah Rompin 2010

Bengkel yang dihadiri oleh beberapa orang guru prasekolah dari kelompok Rompin Pantai berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Kampung Kolam pada 5 Ogos 2010 (Khamis).

Taklimat bengkel disampaikan oleh Penyelia Prasekolah Daerah Rompin, En. Hassan B. Ahmad. Turut hadir memberi sokongan ialah Tn. Hj Kamaruddin B. Zainuddin (Guru Besar SK Kg. Kolam).
.
Guru-guru berbincang dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan untuk program Pintar Bahasa peringkat daerah Rompin yang dirancang untuk dilaksanakan pada bulan Oktober ini mengikut zon. Tempat yang dicadangkan buat masa ini ialah:
  • Zon Pantai - SK Kg Kolam
  • Zon Muadzam Shah - SK Muadzam Jaya/ SK Muadzam Shah
  • Zon Bandar Tun Razak - SK Bandar Tun Razak


Komponen-komponen pertandingan antaranya ialah
  1. Mengeja Perkataan
  2. Menyusun huruf membentuk perkataan
  3. Membaca lancar
Kategori untuk Bahasa Inggeris turut dipertandingkan.

Pertandingan ini hanya terbuka kepada murid prasekolah di kelas-kelas prasekolah Daerah Rompin.Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu dan memberi peluang kepada murid prasekolah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa khususnya Bahasa Malaysia. Selain untuk program ini juga akan menjadi satu penanda aras terhadap tahap penguasaan murid-murid prasekolah secara keseluruhan khususnya bagi daerah Rompin.

En. Hassan (Di hadapan, dua dari kanan) bersama peserta-peserta bengkel.
Dari kiri: Pn. Najah, Pn. Noor Zalila dan Pn. Asiah

2 komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya ialah seorang guru prasekolah yang baru posting pada tahun lepas. Boleh tak saya dapatkan kertas kerja program ni?

ridzuanriza said...

Maaf Anonymous, saya xde kertas kerja tu.