Dalam tak sedar dah 53 tahun negara kita merdeka. Aku nak berkongsi sedikit info tentang merdeka ni, dari segi istilah samada dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Indonesia perkataan "merdeka" membawa maksud "bebas". Walaubagaimanapun perkataan ini pada asalnya dipetik dari Bahasa Sanskrit "Maharddhika" yang bermaksud "kaya, mewah, berkuasa" (Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Merdeka)
Tema Hari Kebangsaan tahun ini ialah "1Malaysia Menjana Transformasi"
Sempena dengan sambutan ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 ini, aktiviti murid-murid aku hari ni pun berkisar tentang kemerdekaan jugak. Oleh kerana murid-murid pra ni lebih suka bercakap dari mendengar aku bercakap maka aku pun bercerita pendek je hari ni. Kurang daripada 10 minit cerita sikit tentang sejarah kemerdekaan negara, terus aku proceed dengan aktiviti "tanjak merdeka".
Aktiviti ni pernah aku jalankan pada murid-murid prasekolah tahun lepas. Cuma tahun ni aku buat sedikit penambahbaikan pada model tanjaknya yang dibesar sedikit supaya mudah dipakai dan garisan yang lebih jelas. Murid-murid juga bebas menggunakan medium yang disukai samada pensel warna ataupun krayon. Tapi dari pemerhatian aku, memang sah diorang ni tak berapa minat mewarna sebab aku pun jarang bagi aktiviti mewarna sebelum-sebelum ni. Tapi takpe, buatlah setakat mana yang korang mampu asalkan korang puas hati dengan tanjak yang korang buat ni. :)
Merdeka.. merdeka.. merdeka!!
Lihatlah betapa tekunnya mereka.. =) |
Bermulanya satu misi merdeka |
Hazel dan Shauqie |
Download "Tanjak Merdeka" berskala baru di sini
0 komen:
Post a Comment