21 October 2010

PROGRAM PINTAR BAHASA PRASEKOLAH (Kelompok Rompin Pantai)

Program ini telah selamat berlangsung pada 19 Oktober (Selasa) yang lalu bertempat di SK Kg Kolam, Kuala Rompin.
En. Hassan B. Ahmad, Penyelia Prasekolah PPD Rompin merupakan penyelaras program dengan sokongan Tn. Hj Kamarudin B. Hj Zainuddin, Guru Besar SK Kg Kolam selaku Pengerusi Pengelola.


Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secar aktif dalam pembelajaran. Pengusaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna. Antara objektif penganjuran Program Pintar Bahasa ini adalah:

  1. Meningkatkan kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
  2. Mengurankan peratusan murid prasekolah ke program LINUS.
  3. Memupuk minat membaca kepada murid prasekolah.
  4. Memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk terlibat dalam program prasekolah.
  5. Menggalakkan perkembangan sosioemosi.
Terdapat dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kemahiran para peserta akan diuji menerusi:

  1. Mengeja Perkataan / Spell It Right
  2. Menyusun Huruf / Create A Word
  3. Membaca lancar / Read Fluently

SETINGGI TINGGI UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA

PPD ROMPIN
GURU BESAR SK KG. KOLAM
GURU-GURU PRASEKOLAH KELOMPOK ROMPIN PANTAI
GURU-GURU SK KG. KOLAM


Untuk kelancaran semasa melihat album ini, sila tunggu sehingga semua gambar selesai "loading" dan klik pada gambar untuk tumbesaran tulang yang optimum.




























0 komen: