10 November 2010

Transformasi SK Tekek, satu pemodenan infrastruktur



Memang sudah menjadi lumrah kehidupan, patah tumbuh hilang berganti. Perumpaan ini boleh diguna pakai untuk bangunan kayu lama SK Tekek yang sudah mula dirobohkan mengikut fasa bagi pembinaan bangunan baharu yang dijangka siap sepenuhnya beberapa tahun lagi.

Alhamdulillah.. walaupun SK Tekek yang baharu masih belum siap sepenuhnya. Tetapi ramai pihak terutamanya guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat sudah boleh menarik nafas lega kerana bangunan sekolah setinggi tiga tingkat ini sudah siap dan boleh digunakan oleh murid-murid dan guru. Selain dari ruang kelas, bangunan ini turut mempunyai pejabat, makmal sains, bilik buku teks, dewan serbaguna, kantin, bilik guru, bilik buku teks dan perpustakaan.

Bangunan yang baharu dibina ini sudah pastinya mampu menyediakan ruang pembelajaran yang pengajaran yang lebih kondusif untuk murid-murid sekiranya dimanfaatkan sepenuhnya. Sekolah ini mungkin berubah dari struktur kayu dan papan ke batu namun fungsi utamanya masih sama iaitu satu medan perkembangan dan penyebaran ilmu pengetahuan kepada murid-murid khususnya generasi anak-anak Tioman.



















0 komen: