01 December 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Modul Pengurusan Prasekolah Negeri Pahang

Mesyuarat ini berlangsung dari 28-30 November 2010 (Ahad-Selasa) di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan serta membuat penyeragaman format dan kaedah terhadap tiga perkara iaitu:
  1. Rancangan Mengajar Harian dan Tahunan
  2. Fail Meja PPM
  3. Pentaksiran Prasekolah
  4. Sistem Fail
Selain dari Jurulatih-jurulatih utama, turut hadir ialah penyelia-penyelia dari PPD dan Guru Besar-Guru Besar yang merupakan pengerusi prasekolah dari setiap daerah serta pegawai-pegawai dari JPN Pahang sendiri iaitu En. Mohd Nazi B. Mohd Ali,  En.Mat Jusoh B. Mohamed dan En. Mohd Saidi B. Embong.

Kumpulan dari daerah Rompin terdiri daripada En. Hassan B. Ahmad (Penyelia Prasekolah PPD Rompin), Tn. Hj Kamaruddin B. Zainuddin (Pengerusi Prasekolah Rompin). En. Mior Ridzuan (SK Tekek),  Pn. Salina Shamsudin (SK Janglau), Pn Roshanita Yusof (SK Sungai Puteri).

GAMBAR-GAMBAR SEMASA BENGKEL (Klik untuk tumbesaran)
(Kualiti kurang memuaskan kerana diambil menggunakan handphone) 






1 komen:

salina samsudin said...

Walaupun bahan telah ada tapi kita perlu murnikan lagi bahan-bahan tersebut. Insyaallah, kalau kita ada perjumpaan nanti bahan tersebut akan kami perlihatkan dan perbaiki mana yang kurang sesuai. harap kita akan bertemu seawal yang bolah...