13 December 2010

Berlatih menaip dengan pantas


Klik untuk baca sambil layan lagu



Kemahiran menaip sudah menjadi satu keperluan pada masa kini, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang sudah sebati dalam setiap pekerjaan. Sebahagian besar pekerjaan pada masa kini melibatkan kerja-kerja menaip.

Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak "berperang" dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.

Untuk menguasai kaedah menaip dengan betul dan pantas tidaklah sesukar yang disangka. Ia hanya memerlukan kesabaran dan sedikit latihan yang berterusan. Ingat bahawa matlamat kita bukanlah untuk menjadi penaip yang terpantas di dunia, sebaliknya cukuplah sekadar menaip menggunakan sepuluh jari tanpa perlu melihat keyboard.

Saya akan berkongsi beberapa tips untuk memulakan latihan menaip pantas.

1. Belajar kedudukan jari yang betul pada keyboard
  • Berhenti daripada menaip dengan satu, dua, tiga atau empat jari sebaliknya gunakan kesemua jari tangan yang korang ada. Teknik ini dikenali sebagai touch typing. Panduan seperti gambar di bawah.
  • Kalau korang perasan pada huruf F dan J di keyboard ada garisan timbul kan? Itu adalah panduan untuk korang letakkan jari jemari korang pada home keys yang betul. Ibu jari hanya digunakan untuk menekan space bar sahaja. Saya pula lebih suka meletakkan jari pada home keys secara separa terapung iaitu sentuh sedikit sahaja key tersebut dengan hujung jari.
  • Pada QWERTY keyboard yang biasa kita gunakan home keys ialah "asdfjkl;"
  • Fungsi home keys ni adalah untuk membolehkan setiap huruf-huruf pada keyboard ditekan oleh home keys yang terhampir seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

2. Berlatih menaip tanpa melihat keyboard
  • Setelah tahu kedudukan home keys dan pergerakan setiap jari yang betul. Berlatih untuk menaip secara drilling tanpa melihat keyboard. Mata hanya tertumpu pada huruf-huruf yang muncul pada skrin bukannya pada keyboard. Untuk mahir korang hanya perlu buat latihan dan ulangan secara sangat kerap pada peringkat awal.
  • Ingat bahawa teknik touch typing tidak melibatkan penglihatan untuk mencari huruf-huruf dan aksara pada keyboard sebaliknya ingatan secara spontan pada pergerakan jari.
  • Jadi masa berlatih jangan tengok keyboard langsung.
3. Tumpukan kepada ketepatan (accuracy) perkataan dan bukan kepada kepantasan (speed)
  • Antara faktor utama yang membuatkan anda menaip tidak pantas ialah kecenderungan untuk membetulkan kesilapan menaip dengan segera semasa berlatih.
  • Seharusnya semasa latihan tumpuan harus diberikan kepada ketepatan (accuracy) dan bukannya pada kelajuan (speed) namun sekiranya terdapat kesalahan, biarkan kesalahan tersebut dan teruskan menaip. Apabila korang hanya cenderung untuk menaip pantas pada peringkat awal, percayalah bahawa korang hanya akan membuat lebih banya kesilapan.
Kaedah terbaik yang menyumbang ke arah kejayaan korang menguasai kemahiran menaip dengan pantas ini adalah melalui latihan yang sangat kerap bermula dengan berlatih home keys terlebih dahulu.

Tidak dinafikan bahawa ada di antara kita yang mampu menaip dengan pantas meskipun tanpa menggunakan kesemua jari bahkan mungkin hanya menggunakan kedua-dua jari telunjuk sahaja. Jadi sekiranya korang sudah selesa dengan teknik korang itu terserahlah pada kehendak masing-masing.


Korang kini tidak perlu bersusah payah merancang urutan latihan untuk berlatih menaip kerana  kini sudah terdapat pelbagai software yang menyediakan modul untuk menaip secara pantas. Software yang saya cadangkan ialah Typing Master Pro. Korang boleh membeli terus dari laman web rasminya di SINI atau sekiranya korang tak kisah korang boleh download versi crack dengan mengklik butang download di bawah


Kursus yang disusun di dalam Typing Master Pro ini adalah sangat tersusun dan sangat sistematik. Korang boleh tengok progress korang dari masa ke semasa dan berlatih key-key yang bermasalah. Korang juga boleh pilih course yang korang nak iaitu touch typing course (untuk yang baru belajar menaip) ataupun speed building course (untuk yang dah pandai touch typing tapi sekadar nak tingkatkan lagi kepantasan menaip)

Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya anda betul-betul komited dalam mengikuti modul dan latihan yang disediakan, anda dapat menguasai kemahiran touch typing ini hanya dalam tempoh sebulan. Sepanjang sebulan itu anda perlu berlatih setiap hari. Selain dari itu, latihan intensif seperti ini memerlukan anda mempunyai kesabaran yang tinggi kerana belajar menaip ini mudah membuatkan anda mengalami tekanan perasaan.

Sekiranya anda telah install Typing Master Pro ini ke komputer anda, tahniah saya ucapkan kerana ini adalah langkah pertama anda ke arah menguasai kemahiran touch typing. Anda tidak perlu mengadap selama sejam setiap kali berlatih. Cukuplah sekadar berlatih satu sub-topik (lebih kurang 3-6 minit) setiap kali sebelum berfacebook, main game, buat assignment, surt internet ataupun sebelum tgk movie. Seperti saya saya katakan sebelum ini yang penting ia dilakukan secara berterusan dan biasakan diri menaip dengan sepuluh jari setiap kali anda menaip.

Screen Shot Typing Master Pro:

 



Lama kelamaan bila korang dah rasa mahir ataupun agak-agak dah mahir dan ingin menguji kepantasan korang untuk mendapatkan ranking secara online, korang boleh uji kepantasan di Malaysian Typing Speed Test dan dapatkan result korang seperti rakan saya ini.






Selamat mencuba dan jangan lupa kongsi keputusan ujian menaip korang ye..

Akhirkata selamat berlatih dan semoga berjaya!

10 komen:

Anonymous said...

Ini hasil yang aku lepas cuba beberapa kali:

Kamu mencapai 236 markah, jadi kamu berada di posisi 1564 dari 16491 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 320 aksara seminit
you mendapat 49 perkataan betul dan
kamu mendapat 2 perkataan salah

Hazim said...

Terima kasih keran sudi berkongsi idea yang sangat bermanfaat ni. Result yang saya dapat cuma 25 wpm je. Huhuhu

ridzuanriza said...

Tanpa Nama dan Hazim:
Tahniah, result yang agak baik. Cuba lagi..

saya imah said...

result sy kurang baik..huhu

Typist Tegar said...

Power jugak aku ni 49wpm bravo! bravo!

noix said...

Terima kasih atas tunjuk ajar!

Namaku Aisyah said...

Aku 21 wpm je, lambat lagi lah nak cecah 67 wpm kalau gini gaya

Anonymous said...

Dh download.. tq for sharing.

Anonymous said...

rekod terbaik saya kalau guna kaedah touch type cuma 12wpm :(

Anonymous said...

Lajunya taip..