17 December 2009

Bahang 2010 VS Bahang KSPK

Entry asal dari praskt.wordpress.com

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum menjelangnya tahun 2010. Awal tahun 2010 ni sekolah akan dibuka pada 4 hb. Takwim sekolah dan peristiwa boleh didapati di sini:



Tahun 2010 juga bakal menyaksikan seluruh prasekolah dan tadika-tadika di seluruh negara melaksanakan KSPK aka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang merupakan hasil penambaikan kurikulum prasekolah yang telah digunapakai selama ini.

Kalau selama ni prasekolah terkenal dengan istilah "Komponen-komponen" maka lepas ni prasekolah akan dikenali pula dengan istilah "Tunjang-tunjang".

Begitu juga dengan peruntukan masa pada awal tahun lebih berfokus untuk kanak-kanak menguasai modul teras asas (kemahiran literasi asas) berbanding modul bertema iaitu 65% di awal persekolahan dan menyusut secara beransur-ansur sehingga 50% menjelang akhir tahun.

Waktu kelas prasekolah juga telah dipanjangkan kepada 4 jam iaitu bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahhari. ini menjadikan waktu mengajar guru 20 jam atau 1200 minit seminggu.

Tahun 2010 juga merupakan satu titik untuk guru-guru prasekolah terus merevolusikan kemahiran berbahasa inggeris masing-masing sejajar dengan peruntukan masa 600 minit seminggu interaksi dalam kelas menggunakan Bahasa Inggeris iaitu sama banyak dengan Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun peruntukan waktu masih kekal fleksibel mengikut kesesuaian setempat dan keperluan kanak-kanak.

Di sini juga saya letakkan Cadangan Jadual Waktu yang saya dapat dari rakan kursus cuma telah saya ubahsuai "Layout" dan "Table" nya supaya kelihatan lebih kemas, teratur dan mudah difahami. Jangan segan-segan untuk download ye..

 


Klik SINI untuk download



1 komen:

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi