05 December 2009

Satu kelahiran baru!




Blog ini diwujudkan sebagai satu platform untuk guru-guru prasekolah khasnya guru-guru di prasekolah dalam daerah Rompin untuk mendapatkan panduan, berkongsi idea, teknik dan cerita masing-masing.

Idea untuk mewujudkan blog ini dicetuskan oleh beberapa orang guru yang hadir semasa mesyuarat "Pengurusan Fail Meja PPM" di Megaview, Kuantan pada hari semalam Jumaat, 4 Disember 2009.
Kelak, di ruangan "Bahan Kongsi" guru-guru boleh mendapatkan berbagai-bagai bahan yang berkaitan dengan prasekolah.

Di peringkat awal ini, admin berharap guru-guru dapat menghantar gambar mereka bersama murid-murid mereka di email: prasekolahrompin@yahoo.com berserta nama guru berkenaan. Gambar-gambar tersebut akan diletakkan di ruangan "Kenali Kami"

Selepas itu admin akan menghantar username dan password kepada cikgu untuk akses kepada "Laman Ahli"

Admin sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen dari anda. Hanya perlu klik "Post a Comment" pada link di bawah ataupun hanya menggunakan ruangan chatbox yang berwana kuning di sebelah kanan ruangan "Utama".

Sama-samalah kita memajukan blog komuniti kita ini. Sekian terima kasih.

0 komen: