11 December 2009

Kursus Orientasi KSPK (Bahasa Inggeris - Kaedah Montessori)

   Kursus yang berlangsung di Prescott Hotel, Klang pada 7-10 Disember baru-baru ini memberi pendedahan kepada guru-guru untuk menggunakan pendekatan Montessori dalam kelas terutamanya untuk pengajaran Bahasa Inggeris. Ini termasuklah mengenal bunyi phonetic kesemua 26 abjad. (rujuk video ABC Phonics Chant di bawah- Klik butang download untuk download) Ceramah disampaikan oleh Pn. Aisha Z. Abdullah dari Montessori Preschool di Selangor.



   Bunyi-bunyi phonetic ini dapat digunakan sebagai panduan untuk menyebut kebanyakan perkataan-perkataan inggeris dengan betul. Jadi selepas ini insyaallah peserta-peserta kursus tidak perlu bimbang lagi untuk berkomunikasi di dalam bahasa inggeris.
   Selain itu guru-guru juga didedahkan dengan beberapa material dan aktiviti-aktiviti yang dapat digunakan di dalam kelas untuk membantu memudahkan kanak-kanak belajar mudah dan suasana pembelajaran yang seronok. Antaranya ialah "Insets For Design", "Sandpaper Letters", dan "Large Moveable Alphabet" (LMA)



Gambar-gambar semasa Kursus Orientasi KSPK Bahasa Inggeris




0 komen: