03 March 2011

Bengkel Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Rompin

Bengkel dikendalikan oleh En. Hassan Bin Ahmad dari PPD Rompin dan En.Mohd Sabrie bin Othman dari PPD Pekan. Sesi perbengkelan dijalankan di Makmal Komputer SK Kampung Kolam pada 28hb Februri lalu.

Fokus utama perbengkelan ialah untuk membantu guru-guru memahami sistem online SMPK yang telah mula dilaksanakan di peringkat kebangsaan bermula tahun 2010. Sistem ini mengumpulkan maklumat kelas-kelas prasekolah samada swasta atau kerajaan di seluruh negeri. Ini termasuk maklumat kelas, murid-murid dan ibu bapa/penjaga, guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Login page SMPK Prasekolah

Laman web SMPK boleh diakses di SINI menggunakan ID dan password yang telah dibekalkan sebelum ini.
Manual penggunaan pula boleh dimuat turun di SINI
Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang dikenalpasti ketika guru-guru memasukkan data, seperti maklumat ibubapa/penjaga yang salah, maklumat PPM dan guru yang tidak wujud dan maklumat murid yang tidak boleh disunting. Namun  pada peringkat permulaan ini guru-guru hanya perlu memasukkan nama murid dalam setiap kelas sahaja. Maklumat lain seperti PPM dan maklumat perkenaan ibubapa/penjaga boleh diabaikan dahulu buat sementara waktu.


MASALAH dan PENYELESAIAN

1.
MASALAH - Maklumat ibubapa dah edit betul-betul, tapi bila simpan maklumat masih salah PENYELESAIAN - Abaikan, isi maklumat berkenaan murid sahaja.

2.
MASALAH - PPM dikenalpasti sebagai PENGELOLA 
PENYELESAIAN - Abaikan, tak payah isi maklumat tentang PPM

3.
MASALAH - Maklumat guru tidak wujud @ tiada hasil carian
PENYELESAIAN - Sila ke "Tambah Guru" dari menu "Guru/Staf" dan masukkan No. KP

TAMBAHAN - Maklumat guru ini diperolehi dari EMISS, jadi guru dalam latihan, guru praktikum dan guru baru memang tiada maklumat.

4.
MASALAH - Masuk MyKid betul dah tapi keluar maklumat yang tentang murid yang salah.
PENYELESAIAN - Cuma guna NO.SB pulak. dan begitulah sebaliknya.


5.
MASALAH - Murid dah buat Naik Tahun tapi still tiada maklumat dalam kelas berkenaan
PENYELESAIAN - Pergi pada menu "Senarai Kelas" dari menu "INSTITUSI", klik kiri pada kelas yang berkaitan dan pilih Senarai Murid dalam Kelas (rujuk screenshot di bawah)

Kemudian pilih option "Masukkan murid dalam kelas" tetingkap baru akan muncul dan pilih nama-nama murid yang terlibat dan klik "Daftar Masuk Kelas" tunggu sehingga semuanya selesai sebelum klik "Tutup". Tunggu sehingga page selesai loading dan maklumat murid akan dikemaskini.
TAMBAHAN-  Menu di atas juga digunakan untuk menetapkan guru kelas dan PPM dan edit maklumat kelas

6.  
MASALAH - Ada ralat bila nak masukkan murid dalam kelas
PENYELESAIAN - Pastikan kapasiti kelas diset kepada 25 (sila ke menu Edit Maklumat Kelas dengan cara yang sama seperti di atas)

7. 
MASALAH - Tak boleh login sistem walaupun ID dan password dah pasti betul
PENYELESAIAN - Rujuk dengan penyelia prasekolah PPD masing-masing.

SEKIAN SAHAJA BUAT KALI INI, maklumkan sekiranya terdapat kekeliruan atau masalah lain yang masih wujud.









09 January 2011

Mesyuarat Perancangan Prasekolah Daerah Rompin 2011

Mesyuarat berlangsung pada 24 Disember 2011

13 December 2010

Berlatih menaip dengan pantas


Klik untuk baca sambil layan lagu



Kemahiran menaip sudah menjadi satu keperluan pada masa kini, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang sudah sebati dalam setiap pekerjaan. Sebahagian besar pekerjaan pada masa kini melibatkan kerja-kerja menaip.

Walaubagaimanapun kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar untuk menaip dengan cara yang betul. Ini sangat merugikan kerana kita membazirkan masa yang sangat banyak "berperang" dengan keyboard berbanding menggunakan masa tersebut untuk kerja-kerja yang lebih produktif. Contohnya menaip satu laporan satu mukasurat mungkin mengambil masa hampir setengah jam, sepatutnya hanya memakan masa kurang daripada lima minit.

05 December 2010

Pekeliling-Pekeliling berkaitan Prasekolah

Sumber dari :
"PEKELILING PRASEKOLAH & ARAHAN BERKAITAN",
Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Prasekolah,
Jabatan Pelajaran Pahang.

PDF asal dimuat turun dari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia




01 December 2010

Mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Modul Pengurusan Prasekolah Negeri Pahang

Mesyuarat ini berlangsung dari 28-30 November 2010 (Ahad-Selasa) di Hotel Plaza, Kuala Lumpur. Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan serta membuat penyeragaman format dan kaedah terhadap tiga perkara iaitu: